Sparks Fly...
cinta jaraj jauh , bolehkah bertahan ?
Sunday 24 June 2012 • Sunday, June 24, 2012 • 0 comments

hai :) 
assalamualaikum :)
ni nk kongsi ^ the tittle ^ 

                   Cinta Jarak Jauh, Bolehkah Bertahan?


Pernahkah anda berjauhan dengan pasangan anda untuk suatu tempoh masa yang lama? Mampukah anda mempertahankan cinta sekiranya si dia tiada di depan mata? Sememangnya cinta jarak jauh besar dugaannya kepada pasangan yang mengalaminya. Setiap masa diri ini sentiasa merindukan dirinya yang jauh. Apakan daya, jarak menjadi penghalang.
Kunci kebahagiaan bagi pasangan jarak jauh semestinya bermula daripada kepercayaan dan kesetiaan. Berada jauh daripada sisi pasangan sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa cemburu terhadap pasangan. Lebih-lebih lagi, jika si dia merupakan individu yang terbuka, mudah bergaul dan sering bertemu orang ramai. Yang penting anda mestilah berfikiran positif. Cemburu tidak bertempat dan membuta-tuli hanya akan membunuh hubungan anda. Sikit-sikit cemburu bolehlah. Kata orang, cemburu tandanya sayang. Asalkan tidak keterlaluan, nanti dikatakan paranoid dan obsessif pula. Letakkan rasa percaya bahawa si dia juga mencintai dan merindui anda.
Komunikasi adalah sangat penting. Cari masa untuk berhubung. Dalam dunia yang serba maju sekarang, tidak sukar untuk kekal berhubung.Tidak kiralah melalui panggilan telefon, sembang maya, emel, laman sosial dan sebagainya. Dengan adanya  komunikasi yang berkesan, anda berdua bolehlah saling berkongsi perasaan, cerita, masalah dan lebih mudah juga untuk menyelesaikan sebarang konflik yang mungkin wujud antara pasangan. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menyebabkan ketiadaan persefahaman yang menjadi punca kepada kebanyakan masalah dalam perhubungan, lebih-lebih lagi cinta jarak jauh.
Cuba untuk berjumpa. Sekerap mana pun anda bergayut kat telefon, video chat 24 jam, emel tak putus-putus, anda berdua masih perlu berjumpa. Kata orang, untuk mengeratkan perasaan anda. Semakin lama anda tidak berjumpa dengan pasangan anda,kebarangkalian perasaan sayang itu pudar semakin tinggi. Tapi kalau boleh, bukan sebelah pihak saja yang cuba untuk datang melawat. Sebaiknya bergilir-gilir supaya pasangan anda tidak merasakan hanya mereka sahaja yang berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dan bila berkesempatan berjumpa, hargailah sepenuhnya masa bersama si dia kerana bukan mudah bagi pasangan jarak jauh untuk berjumpa.
Sememangnya cinta jarak jauh bukan perkara mudah. Namun begitu, jagalah cinta yang telah disemai dengan sebaiknya walaupun si dia tiada di hadapan mata. Ingat, jangan jadikan jarak pemisah sebagai penghalang kepada cinta anda berdua. Sebaliknya, lihat ia sebagai suatu cabaran dalam mematangkan hubungan anda dan si dia. Semoga cinta anda dan si dia bertahan dan semakin teguh ke akhirnya.

MEET ME
No harsh word please!


Hi people! Be nice and everybody will love you :).



Murnian Forever! i love them all :)


My only mother :)


He is Muhammad Afiq Hilmi ^^